Wednesday, June 30, 2010

TO WHOM IT MAY CONCERN...

monologue semalam................. ku padam dengan hati yg terbuka......
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

HADAPI DENGAN SENYUMAN...NABIHA...! :-)

Thursday, June 3, 2010

Possed with "AMMI IHA"

He supposed to call me Ummi Biha, tapi yang mula-mula kuar dari mulut si Zuhayr ni.. "Ammi". Pastu baru-baru nih upgrade sket jadik "AMMI IHA". Huruf "B" ilang ke mana ntah. Okay ler tu. Dekat2 dah ngan "Yeeeeeeehaaaaaa!!". Sesuwei ngan mak sdare dia nih yg separa gile.. hehehe....


Masa ni tengah bersenggang ngan this lil' fella depan tv. Huluq2 je phone tetiba jer dia pose. Terkejut gak dia leh pose cam nih coz masa snap pic ni tak tengok pon muka dia [ala2 camerawhore giteww!]. Maybe time nih mood dia ok kot, tu yang dia nak possing maut tu. Kalau idak, asek bergegor je jadinya gambo. Ingat nak hantar pic dia ke mana2 magazine or baby contest laa. But tatau mana nak anta. Any idea???

kasik layan je laaa Ammi Iha nihh.....


Cakkkk!!

Hmmmm....nak makan apa yaaa???

iklan gigi Kodomo Lion...

ooooo...camnih rupanya..!!

ni utk iklan Sensodyne kot....

rambutttttttttt.....!!!

spaghetti...!spaghetti! spaghetti!!

Wednesday, June 2, 2010

Mereka Selamat!

Alhamdulillah, kesemua 12 aktivis Malaysia selamat.....dorang kat Jordan dan sedang menunggu untuk dibawa pulang ke Malaysia.. All the best for those activist yg berada dlm kapal Rachel Corrie...Semoga kalian selamat dan matlamat anda tercapai! Laknat Israel!



Wartawan, jurukamera Astro Awani dibebaskan
02/06/2010 12:36pm



Oleh METRA SYAHRIL MOHAMEDmetra.mohamed@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 2 Jun - ``Penderitaan rakyat Palestin selama enam dekad dapat saya rasakan sepanjang 28 jam berada dalam tahanan Israel.’’

Kata wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail, 26, ketika menceritakan mengenai layanan yang diterimanya ketika ditahan tentera Israel selepas kapal Mavi Marmara yang dinaikinya ditahan rejim itu, pagi kelmarin.

Menurut Ashwad, dia dan jurukamera, Samsul Kamal Abdul Latip, 43, kini berada di Jordan selepas dibebaskan daripada tahanan Israel dan menunggu untuk dibawa pulang ke tanah air.

"Saya dapat rasakan bagaimana derita penduduk Palestin semasa berada dalam tahanan.

"Alhamdulillah, kini kami selamat,’’ katanya ketika menghubungi bilik berita Astro Awani pagi ini. - Utusan


p/s: alhamdulillah dapat tengok ashwad kat Awani lagi... :-)