Wednesday, June 2, 2010

Mereka Selamat!

Alhamdulillah, kesemua 12 aktivis Malaysia selamat.....dorang kat Jordan dan sedang menunggu untuk dibawa pulang ke Malaysia.. All the best for those activist yg berada dlm kapal Rachel Corrie...Semoga kalian selamat dan matlamat anda tercapai! Laknat Israel!



Wartawan, jurukamera Astro Awani dibebaskan
02/06/2010 12:36pm



Oleh METRA SYAHRIL MOHAMEDmetra.mohamed@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 2 Jun - ``Penderitaan rakyat Palestin selama enam dekad dapat saya rasakan sepanjang 28 jam berada dalam tahanan Israel.’’

Kata wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail, 26, ketika menceritakan mengenai layanan yang diterimanya ketika ditahan tentera Israel selepas kapal Mavi Marmara yang dinaikinya ditahan rejim itu, pagi kelmarin.

Menurut Ashwad, dia dan jurukamera, Samsul Kamal Abdul Latip, 43, kini berada di Jordan selepas dibebaskan daripada tahanan Israel dan menunggu untuk dibawa pulang ke tanah air.

"Saya dapat rasakan bagaimana derita penduduk Palestin semasa berada dalam tahanan.

"Alhamdulillah, kini kami selamat,’’ katanya ketika menghubungi bilik berita Astro Awani pagi ini. - Utusan


p/s: alhamdulillah dapat tengok ashwad kat Awani lagi... :-)

2 comments:

  1. Allah hu Akhbar...ashwad ni ensem kan

    ReplyDelete
  2. u pon ske?? hhaha..tu la pasal..he's cute actually...cam Wan Kem..ahahhaa

    ReplyDelete